17 July 2016

Macammana Remaja Zaman Sekarang Hangout?

Aikk! Gambar Konvo Pulak..
Gambar sekadar hiasan ala kadar je.. 

Nak tanya korang yang muda remaja ala ala  babyfaced semua nih, yang tua pon boleh sama ja kita semua biasa muda. Apa yang korang buat dengan kawan-kawan korang bila hangout sekali....????

1.Jalan Jalan Cari Makan dekat area korang (pegi restoran dan MAKAN)
2.Jalan Jalan Ambil Angin (Buat rondaan di sekitar kawasan @ukur tanah area korang)
3.Lepak sambil HuHaHuHa kat mamak(Mamak pon JelingS la)
4.Karaoke seround (silap silap balik takde anak tekak karoks kauuu!!)
5.Main Bowling,futsal and segala jenis sukan yang terwujud di muka bumi ni
6.Kasi rempit sambil sembang dengan makwe kat belakang

sebenarnya kalau Ari tulis ni mau sampai list seratus jugak mak oii. tapi dalam kesemua ni yang mana yang paling mendatang moment yang manis semanis madu ala ala darah tinggi dan buat kan anda feeling sedeh teringat member member bila korang sorang. Ari pon macam kat atas jugak tapi dah nak masuk umur 2* ni kan...aceh ceh ceh tua la...kann rasa macam semua ni tak lah best sangat dah pon sebab selalu buat bila dengan kawan kawan. Ari teringin nak cuba benda atau aktiviti baru. Insyallah, Ari nak BackPackers dengan bestfriend dalam Malaysia ni bila bila kitaorang free.

Sebenarnya banyak lagi kita boleh explore dalam dunia ni. Dunia Allah SWT ni luas dan Ari nak bagitau kat korang semua untuk tak sia sia kan masa muda remaja kita. Rugi tau kalau kita tak having fun dengan kawan kawan, bestfriend, member member sebab nanti bila kita dah ada isteri beranak pinak dah takdak masa nak fikir dekat kawan ini sebab tanggungjawab dah mula memberat bahu dan kita terpaksa menjadi dewasa serta merta. Diorang pon dah ada life sendiri. Cari la masa dan rancang sesuatu benda yang baru untuk korang dan kawan kawan korang experience. Hargai lah kawan korang macam korang hargai keluarga. Diorangkan Allah Swt pinjamkan untuk kita.

Assalam semuanya!

No comments:

Post a Comment

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Badan Binasa...

Saya tidak terlibat dengan sebarang komen yang berbaur negatif, unsur perkauman, politik dan sebarang ideologi yang disampaikan didalam ruangan ini..

Ads Inside Post