31 July 2016

Jom Ke Pesta Buku Selangor 2016

Klik untuk maklumat Lanjut
JOM SEMUA NOVELHOLIC PAKAT MERIAH PBS 2016
DI SACC, SHAH ALAM (DEKAT DENGAN KOMPLEKS PKNS)

Pesta Buku Selangor 2016 kini sedang berlangsung bermula pada 28/7/2016 sehingga 7/8/2016(2 minggu) dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor(PPAS).

Pesta ni dah masuk hari keempat berlangsung. Ari tak sempat pon nak pergi jalan jalan kat pesta ni walaupon dekat la sangatttttt dengan rumah. dengar cerita ada macam macam aktiviti akan diadakan dan ni yang buatkan eksaited yang amat nak pergi PBS 2016. Macam jenis dan aneka buku dari buku ilmiah hingga la buku kanak kanak. Bagi yang kaki novel ni la masa nak borong novel sebab time ni la diskaun gila gila. boleh la membeli sambil rancak kan industri buku Malaysia okay. Macam dua tahun lepas PBS ada diskaun sampai 50% . Rambang mata aku nengok nyerrr..

Klik untuk besar

Macam tahun ni sayang BB1M cepat luput tarikh dimana sampai bulan Jun saja.  Jadi, putih mata laa Ari tak dapat nak beli salam novel. Student banyak complain pasal ni kat Universiti, tapi camtu la golongan marhaen macam kami tak la dilayan. berbalik pada PBS 2016 korang semua Ari cakap rugi la kalau tak pergi sebab ni la masa nak bawa anak anak jalan. masa ni la kita nak ajar anak anak kita dekat dengan buku sekaligus untuk sayangkan ilmu. Jadi blogger semua tunggu apa lagi jom SERANG!! PBS 2016....


Facebook PBS2016
Twitter PBS 2016
Laman PBS 2016

(Lokasi PBS 2016)




  

No comments:

Post a Comment

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Badan Binasa...

Saya tidak terlibat dengan sebarang komen yang berbaur negatif, unsur perkauman, politik dan sebarang ideologi yang disampaikan didalam ruangan ini..

Ads Inside Post