25 July 2016

RESEPI KEPAK AYAM MADU (STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS)

RESEPI KEPAK AYAM MADU (STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS


Resepi Asal : Mutiarazura (MyResepi) 


Bahan-Bahan ( 24 keping )

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24) 
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 3 ulas bawang putih- (LiNa Pg kupas kulit dan tumbuk kasar)
  • 1 sudu besar halia dicincang (LiNa Pg gn 3 hiris-tumbuk kasar) 
  • 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu
  • 1 sudu besar sos tiram (LiNa Pg tmbh, rcp asal xde) 
  • 2 helai daun pandan simpul (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)

Cara-Cara 

Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang putih+halia yg telah ditumbuk kasar dan juga
daun pandan tumis hingga naik bau. Masukkan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit. Masukkan semua sos, madu dan daun pandan simpul.Kacau sekejap.

Kemudian tutup kuali.Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos). 


 NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat 

No comments:

Post a Comment

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Badan Binasa...

Saya tidak terlibat dengan sebarang komen yang berbaur negatif, unsur perkauman, politik dan sebarang ideologi yang disampaikan didalam ruangan ini..

Ads Inside Post