02 August 2016

Ambil lagi Lesen??



Inilah al kisah entri hari ni. Tajuk bikin panas sesangat hokkaay!. Semalam Ari dah start semula kelas Kemahiran Pemandu(KPP01) untuk LESEN B2 (motosikal tidak melebihi 500 cc). Sebelum ni Ari dah berjaya dapatkan lesen memandu kereta 3 tahun lepas(2013). Masa mula mula sampai sekolah Mandu Cekap HI-TECH, Taman Sri Muda tiba tiba ingat kenangan bawa kereta kat situ. Sangat sedih campur malu malu biawak sebab Ari fail JPJ test dua kali. dengan semangat yang agak waja aku catwalk jugak masuk pejabat, pergi kat bilik pendaftaran.

"Macam pernah nampak awak ni?. Kerani bangsa india tu buat muka terkejut, Aku pon sambil buat muka 20 posen "saya yang fail JPJ Test dua kali tu". Kerani tu mampu sengih ja. Dia cakap lesen L Ari untuk B2 dah lebih 2 tahun so, kenalah start balik kelas teori dan ambil semula ujian undang-undang. Rasa nak lutut minta pengecualian ja kat kerani tu. Ujian undang-undang tak la susah mana tapi jawapan objektif serious mengelirukan kita dan sah sah lama lagi nak merasa B2. selesai buat payment terus masuk kelas. Kelas teori selalunya diorang buat weekend sahaja.

mulakan kitab ini dengan basmallah ya adik adik...

Dalam kelas terangkan pasal papan tanda, KEJARA, keselematan dan hazard bagi Penunggang motosikal. Kelas start pagi habis petang serious lemau gila. dalam kelas, Lepas habis teori boleh pula cikgu tu buka video orang kemalangan. terus Ari rasa CUAK nak bawa motor. Cikgu ni okay jugak tak boring sangat pandai dia tackle kami untuk dengar lecture dia. rasa nak promote je dia kat lecture aku sebab gaya pembelajaran yang serious tak boring and memang sangat seronok.

Statement cikgu tu yang Ari ingat "KORANG SEMUA MESTILAH MENJADI PENUNGGANG YANG POYO DEPAN PEGAWAI JPJ AGAR CEPAT KORANG BERAMBUS KELUAR DARI SINI. hahaha! lagi statement dia. "SETELAH SAYA DISCUSS DENGAN PROFESSIONAL KAMI SETUJU YANG MOTOSIKAL SEMUA KENA ADA TIGA RODA SUPAYA LEBIH SELAMAT!. Aku dah macam What Dehh!!

habis je kelas terus Ari set date ngan kerani tu 2 minggu lagi untuk KPP02 ujian undang undang. Doa2 la agar Ari dijauhkan dari FAIL!. korang yang nak ambil ujian ni study elok elok, dalam buku tu highlight poin utama supaya nampak poin tu penting untuk dihafal. Marilah kita sama sama bawa motor di atas jalan nanti ya semua....!

 Entri ni juga bercerita berkaitan LESEN>>Pengalaman Belajar Memandu Kereta

2 comments:

  1. Hayati baru plan nak ambik lesen.tgh blajar drive kereta..motor takmau.gayat. Nanti Hayati follow blog aria balik ye sebab blog hayati ada masalah whoops that's an error kat button follow.nak follow je naik benda alah tu.dah 2 hari jadi gitu..http://tintahayati.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Best lah kalau dapat yang macamtu. Tak bosan. hehe Followed =D

    ReplyDelete

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Badan Binasa...

Saya tidak terlibat dengan sebarang komen yang berbaur negatif, unsur perkauman, politik dan sebarang ideologi yang disampaikan didalam ruangan ini..

Ads Inside Post