12 March 2017

JOM JOIN LAZADA 5th BIRTHDAY BLOGGER CONTEST!
MENANG BAUCER KHAS DARI LAZADA

Lazada blogger contest

Assalamualaikum w.b.t , hai peeps!

LAZADA website favourite rakyat Malaysia termasuk yang tengah menulis ni untuk shopping barangan online akan menyambut ulang tahunnya yang ke 5 pada tahun ni. Dah tua rupanya LAZADA ni ish2...haippp! tua2 jangan memain, tak padan dengan usia LAZADA yang meningkat naik LAZADA akan adakan LAZADA BIRTHDAY SALES
pada 22-24 MAC 2017 ini khas kepada semua shoppers sebagai penghargaan. Nanti kita semua serbu LAZADA ramai2 ya shopaholics sekalian!

Tadi Ari dengan kakak ari jenjalan la dekat LAZADA, kakak Ari tanya la yang LAZADA Malaysia takde ke buat contest apa2 untuk rakyat marhaen Malaysia. Lantas aku berfikir dengan pantas, ecewah! hahaha...takde ke apa2 blog contest kat LAZADA. sepantas kilat aku bukak Google dan taip LAZADA Blogger Contest dan tercongok la kat atas google contest nie. Aku pon terkejut mai kot celah mana pulak contest nie Blogger lain tak update pon pasai ni....haa cakap kedah haihh!!

Jadi, dah alang2 tarikh dia masih di buka sampai 23 MAC 2017 moh le kita semua pakat2 join...Terma dan Syarat2 serta cara2 untuk sertai contest ni boleh dapatkan dekat sini  ya >>>http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ 

SEBELUM TU.....Nak join LAZADA Birthday Blogger Contest ni kena jawab soalan2 keramat LAZADA untuk kita...

BERIKUT ADALAH SOALAN2 KHAS UNTUK CONTEST NI 

*
*

a. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

1. Produk Berkualiti Tinggi

Sepanjang pembelian produk dari LAZADA sama ada saya atau keluarga saya, kami amat berpuas hati dengan ketahanan dan kekukuhan produk yang dibeli dari LAZADA. Setiap produk yang sampai ke tangan saya adalah amat memuaskan hati saya kerana produk yang diterima adalah berkeadaan elok dan selamat digunakan untuk jangka masa lama. sebagai contoh, saya pernah membeli sebuah Electric Jug Kettle sekitar tahun 2015 di LAZADA dan produk tersebut masih elok digunakan hingga sekarang dirumah saya.

2. Jaminan Perlindungan Pembelian Barangan

Saya juga amat menyukai khidmat perlindungan kepada setiap pembelian produk di LAZADA yang memberi kemudahan kepada pembelinya untuk membuat pemulangan dan penggantian barangan. walaupun saya tidak pernah mengalami situasi kerosakan barang belian namun, saya sedia maklum dan menyukai khidmat penghantaran balik barangan yang telah rosak kepada LAZADA secara percuma dan proses yang mudah bagi pemulangan balik barangan kepada LAZADA.

3. Metod Pembayaran yang Pelbagai 

saya juga amat menyukai pelbagai metod bayaran yang disediakan oleh pihak LAZADA. Metod pembayaran yang pelbagai adalah amat memudahkan pengguna ketika membuat urusan pembelian dengan LAZADA. sebagai contoh, saya sebagai seorang pelajar akan selalu menggunakan online banking dan pembayaran di 7 Eleven. jikalau tiada simpanan didalam akaun saya boleh ke mana2 cawangan 7 Eleven yang berdekatan dengan rumah untuk membuat urusan pembelian produk LAZADA.


b. Tiga pilihan utama dari LAZADA Malaysia.

okay nak sepuluh boleh tak LAZADA? sebenarnya banyak barang yang seorang student perlukan untuk memastikan momentum belajar tu sentiasa up dan progresif. dibawah adalah barang yang menjadi plilihan utama saya dan dalam future bucket list saya...



1. Butterfly 100L Large Capacity Electric Oven with Grill Function - BEO-C1000  


Oven ini sebenarnya boleh meningkatkan nafsu selera saya untuk makan makanan yang lazat yang dimasak oleh ibu saya. disamping itu, saya juga ingin menggunakan oven ini untuk memasak makanan kegemaran saya iaitu lasagna spaghetti. seterusnya, saya juga boleh panggil jiran2 sebelah rumah untuk memasak kek coklat moist dan sambut hari jadi LAZADA yang ke 5 boleh?






2. Acer Aspire E15 (E5-575G-54XT) - 15.6-inch/i5-7200U/4GB /1TB/NV 940MX/W10 (Black)

Okay ini serius! saya perlu ganti laptop saya yang sudah berusia lebih dari 12 tahun iaitu lebih tua dari LAZADA. keadaannya yang uzur dan tak boleh lagi menampung software berspesifikasi tinggi membuatkan saya stress untuk membuat assignment dan ingin menukar kepada yang baru dan lebih tahan lasak boleh?



3. Singer SM99 Sewing Machine  

Mesin Jahit ini adalah suatu produk yang saya teramat teringin hadiahkan kepada ibu saya tercinta. Beliau amat menyukai hobinya iaitu menjahit baju kurung. saya juga suka bila ibu saya menjahit menggunakan mesin ini kerana beliau boleh menjahit baju raya baru untuk saya pada tahun ini boleh?




c. Pada fikiran kamu, macam mana cara untuk Lazada Malaysia diperbaiki ?

Pada pendapat saya, LAZADA perlu cuba perbaiki mutu perkhidmatan pelanggan LAZADA serta tingkatkan Promosi Diskaun kepada pembeli pembeli LAZADA. LAZADA juga seharusnya mendekati setiap pembeli dengan mendapatkan feedback dan testimoni dari pembeli yang telah membeli di LAZADA. Selain itu, pihak LAZADA juga boleh cuba tingkatkan promosi melalui media sosial dan blog serta mewujudkan Kelab Blogger LAZADA untuk spark interest di kalangan komuniti mengenai kewujudan LAZADA sebagai Online Shopping Web di Malaysia.




d. Ucapan sempena ulang tahun Lazada Malaysia ?

Semoga LAZADA terus berkembang maju dan dapat meningkatkan kepuasan membeli belah setiap pengguna di Malaysia.





TAMAT





saya TAG rakan blogger ini untuk sertai contest LAZADA: 




10 comments:

  1. Thanks for the tag! Nak join juga ni nanti tapi tak tahu bila! haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu syed nanti belanja kita beli barang kat LAZADA okay!

      Delete
  2. butterfly 100l tu memang impian aida.
    ari tu beli 45l je, aria.
    mr.asben kata 100l tu kalu nak bisnes aje :) ha ha ha...
    gud luck ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la sis...ari ingat nak start bisnes jual kuih raya dan kek kalau dapat oven idaman ari nii...hahaha..sis pujuk la cik abang upgrade oven butterfly 100l...hehehe!

      Delete
  3. Hye I'm back guys!!! Check out my new post!! ==> https://ameridzuan.blogspot.my/2017/03/3-must-have-

    ReplyDelete
  4. Salam,tak dan dah nak join sbb baru je lepas shopping barang baby dgn banyaknye di lazada hari tu...wuwuwu

    ReplyDelete

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Badan Binasa...

Saya tidak terlibat dengan sebarang komen yang berbaur negatif, unsur perkauman, politik dan sebarang ideologi yang disampaikan didalam ruangan ini..

Ads Inside Post